CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday 20 February 2009

sexology

Kecurangan isteri anda sebenarnya bermula apabila anda mula curang. Itu adalah karma kehidupan yang mana anda buat baik dibalas baik buat jahat haha..Sendiri mahu ingat.Isteri yang curang sebenarnya kesalahan adalah berpunca dari suami kerana isteri orang dipandang tinggi dan dihormati dimata masyarakat.Lelaki normal biasanya akan menjauhi wanita yang dia tahu adalah isteri orang.Secara asasnya isteri anda tidak akan curang kerana fitrah wanita memang setia pada yang satu.Handsome ke tak handsome ke suami, itu nombor 8 kerana yang penting zahir dan batin suami itu bertenaga setiap masa.

Bila anda menyedari isteri anda curang adakah anda buta-buta letakkan semua kesalahan kepada isteri anda? Janganlah begitu cari mana silapnya anda kerana muhasabah diri itu penting untuk kebahagian keluarga dan anak-anak.Sikap lelaki Melayu yang sangat tinggi egonya akan bertindak melulu dan akhirnya sendiri yang susah kerana anak-anak lebih dekat kepada ibu mereka.

Wanita Melayu sangat terkenal dengan sikap pandai menggoda dan merampas suami orang.Anda sebagai suami sepatutnya sedar keadaan ini dan mengelak sebarang hubungan dengan wanita penggoda ini dan memikirkan segala tindak tanduk anda adakah menyakiti hati isteri tercinta.Bukan salah berkawan dengan anak dara dan janda muda kerana mereka juga manusia punya hati dan perasaan, inginkan belaian dan kasih sayang tetapi pandailah menjaga batasan anda sebagai suami orang.Sikap berterus terang dengan isteri ada banyak baiknya jujur membawa kebahagian.

Jika anda sebagai suami orang tak dapat lagi membawa kebahagian zahir dan batin, tunduk lemah layu sebelum sampai kepuncak nikmat ada baiknya anda menyerah kalah dan secara jantan melafazkan penceraian. Jangan disiksa batin isteri tercinta kerana dalam jangka masa panjang mengundang natijah yang amat berat untuk di pikul…

masa tidak akan mengubah kita,hanya kita yang mampu melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan hubungan keluarga yang bahagia dan yang terbaik untuk orang di sekeliling kita untuk menjadi contoh kepada generasi yang akan datang....ingat jadilah yang terbaik untuk anak-anak dan juga kepada para-para isteri....

0 comments: