CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday 26 February 2009

PENDARAHAN HIDUNG

Pendarahan Hidung

Perdarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ianya boleh berlaku secara spontan atau disebabkan trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakan sebab-sebabnya tidak dapat dikenalpasti. Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Apakah yang menyebabkan hidung berdarah?

Terdapat banyak sebab-sebab termasuk

  • Sejuk dan alahan
  • Jangkitan pada salur hidung (sinus)
  • Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat,memicit hidung,kecederaan pada bahagian dalam hidung,benda asing didalam hidung.
  • Dinding tengah hidung senget
  • Ketumbuhan di dalam hidung(contoh: polyps,tumor)
  • Penyakit lain yang berkaitan(contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia (bilangan platlet yang rendah) dan penyakit darah contoh hemophilia.
  • Ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
  • Tindakbalas bahan kimia.

Kebanyakan kes tidak dapat dikenalpasti sebab-sebabnya.

Apakah tanda-tanda dan gejala?

  • Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
  • Kerap menelan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
  • Merasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.

Apakah rawatan untuk hidung berdarah?
Langkah kecemasan:

  • Beri keselesaaan kepada kanak-kanak tersebut.
  • Dudukan dia didalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
  • Suruh kanak-kanak tersebut bernafas melalui mulut.
  • Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
  • Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
  • Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa samada pendarahan telah berhenti atau tidak.
  • Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor .
  • Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan kanak-kanak tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.

Rawatan bergantung pada sebab-sebab:

  • Rawat masalah yang berkaitan.
  • Nasihatkan supaya berhenti mengorek hidung dan menghembus hidung dengan kuat.

Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, pakar bahagian telinga tekak hidung akan memberi rawatan mengikut keadaan seperti membuat sumbatan pada hidung, penggunaan bahan kimia/ubatan tertentu untuk menghentikan perdarahan.

Bagaimanakah anda mengelakkan dari hidung berdarah?

  • Elakkan dari mengorek dan menghembus hidung dengan kuat.
  • Rawat masalah kesihatan yang boleh menyebabkan komplikasi hidung berdarah.

Apakah komplikasi?
Dalam kes trauma adalah penting untuk memastikan tiada pengumpulan darah di septum hidung untuk mengelakan terjadinya hidung “saddle”.(berbentuk pelana kuda)

Apakah telahan atau ramalan tentang penyakit ini(prognosis)?
Bergantung pada sebab – sebab perdarahan. 90% perdarahan meningkat dari kawasan “little”(bahagian hadapan septum hidung) dan peluang untuk sembuh adalah tinggi.

0 comments: